Saturday, May 16, 2015

Mendedahkan Suspek Sejenayah Penipu...ABDAN BIN MUNIR

Untuk pembaca Melayu saya, ini adalah ringkasan dan terjemahan Bahasa Melayu blog post saya sebelum ini dalam Bahasa Inggeris yang menerangkan dengan terperinci kisah bagaimana pada 1 May 2015, saya telah ditipu wang saya oleh seorang lelaki yang saya menemui melalui laman web dan menggunakan nama palsu Derry Johnstone. Post ini juga menceritakan bagaimana dalam 2 minggu selepas itu, saya berjaya menggunakan Facebook untuk mendapat maklumat dan nombor telefon dari anak suspek sejenayah penipu ini yang bernama Abdan bin Munir yang menduduk di Kuantan, Pahang dan dipercayai membenarkan si penipu ini menggunakan akaun Maybank dia untuk penipuan ini. 

Post saya akan menunjukkan rekod perbualan saya dengan si penipu sama dengan Abdan, sama dengan seorang penipu lagi yang berpura-pura sebagai Abdan untuk cuba menyakinkan saya bahawa dia tidak terlibat dalam penipuan saya oleh Derry, tetapi dia gagal membuktikan cerita dia. Sekarang, sama seperti si penipu dengan rakan penipunya, Abdan bin Munir sama dengan anaknya tidak dapat dihubungi lagi selepas banyak permintaan saya untuk memberi bukti segala cerita dia. Bagi saya, ini membuktikan tanpa keraguan bahawa Abdan bin Munir merupakan sejenayah penipu ini yang mempergunakan dan menipu duit daripada wanita yang ikhlas seperti saya. Saya juga dapat bertemu dengan 2 wanita lagi yang mengesahkan bahawa penipu Derry ini juga telah cuba menipu mereka dengan cara yang sama. Kisah dua wanita ini saya sudah ceritakan di sini. Mangsanya tiga orang kita termasuk wanita Cina, India dan Melayu yang menunjukkan penipu tidak kisah latar belakang wanita yang ditipunya asalkan dia dapat duit.

Tolong baca dan sebarkan supaya Abdan bin Munir sama dengan semua rakan penipu celaka dia mendapat padahnya dan untuk mengelakkan orang lain seperti saya yang ikhlas dan bersimpati terhadap kesusahan orang lain  daripada tertipu melalui cara yang sama!

Penipuan oleh 'Derry Johnstone' (cerita penuhnya di sini dalam Bahasa Inggeris)
Pada awal April 2015, saya menemui lelaki yang menggunakan nama 'Derry Johnstone' dari laman web okcupid.com yang menggunakan foto lelaki kacak ini. 




Dia menceritakan kepada saya bahawa dia ada kacukan Scotland-Serbia dan telah bekerja di KL untuk 4 bulan yang lalu, membeli dan menjual barang-barang antik dari Malaysia ke Amerika Syarikat dan UK dan berhasrat untuk mendaftarkan sebuah syarikat di Malaysia. Saya memberi nombor telefon saya kepada dia dan sejak itu, kita mula berbual banyak kali, tapi semua melalui telefon dana Whatsapp sahaja. Suaranya memang seperti orang putih dan bukan orang Afrika yang memang terkenal dengan penipuan romantik. Selama satu bulan yang kita berbual, perbualannya seperti biasa seperti apa kerja yang dia lakukan pada hari itu, apa harapan dia, etc. Dia juga menceritakan tentang bagaimana susahnya untuk dia mencari kawan dan juga teman wanita yang sesuai untuk dia, dan dia bertanya-tanya kalau saya memang tidak ada teman lelaki kerana takut dikecewakan lagi. Ini semua telah menambahkan perasaan saya terhadapnya. Walaupun saya telah berpengalaman berinteraksi dengan orang lain melalui laman web yang cuba menipu saya tetapi gagal, dalam kes ini, saya tidak mengesyaki apa-apa sebab lakonannnya memang sangat menyakinkan. 

Pada 15 April, dia menceritakan bahawa dia pergi ke Miri, Sarawak untuk membeli barang barang antik untuk dijual ke UK. Selama itu, kita masih berbual melalui Whatsapp dan telefon, dan dia hantar gambar barang antik yang kononnnya dibeli olehnya. 



Pada satu hari, dia mengadu bahawa dia bermasalah untuk membeli satu pasu antik bernilai RM12,000 ada kesusahan tawar-menawar untuk harganya sebab pemilik kedainya tidak faham Bahasa Inggeris. Saya pun bercadang untuk menolong dia dengan bercakap dengan wanita itu melalui telepon. Derry bagi saya berbual dengan seorang wanita yang pada waktu itu saya percaya adalah pemilik kedai dan saya 'berjaya' untuk mengurangkan harga pasu itu untuk Derry, tapi sekarang saya tahu adalah seorang penolong penipu ini. Tetapi pada waktu itu, perbualan ini menambahkan keyakinnan saya bahawa ini memang pekerjaan sebenar dia. 

Pada hari 1 May 2015, dia kononnya sudah tinggal di Miri lebih satu minggu daripada apa yang dia rencanakan dan tidak mempunyai pakaian yang cukup. Pada hari itu, kononnnya dia dalam proses menghantar barang yang dibelinya ke UK melalui kapal laut dan akan pulang dari Miri pada hari yang sama. Pada waktu itu, saya memang ingin untuk berjumpa dengannya untuk kali pertama. Tetapi masalah berlaku di perusahaan penghantaran itu di mana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuat penghantarannya, di mana jumlah penghantarannya RM36,000, tetapi dia hanya mempunyai wang secukup RM10,000 dan berjanji untuk memberi bakinya bila sudah pulang ke KL, tetapi ini tidak disetujui oleh pemilik perusahaan. Dia juga minta saya berbual dengan wanita bernama Siti Aisyah yang kononnnya merupakan pemilik perusahaan penghantaran itu. Semasa berbual dengannya, saya dengar bunyi telepon di latar belakang yang juga menyakinkan saya bahawa ini memang perusahaan sebenar. Siti berkata dia hanya boleh terima RM6,000 lagi tambah RM10k yang diberi oleh Derry, dan pada waktu itu, Derry minta pertolongan saya kerana takut barang dia akan dikeluarkan dari kapal laut dan dia perlu tinggal lagi di Miri tanpa wang yang mencukupi. Derry memberi saya akaun Maybank no. 156226084446 di bawah nama Abdan bin Munir yang kononnya pemandu perusahaan itu, dan saya pulak tertipu untuk memasukkan beberapa ribu wang tetapi bukan sampai RM6000 yang diminta kerana had pengantaran bank saya. Kononnnya ini diterima oleh Siti.



Namun, masalahnya tidak berhenti di situ. Beberapa minit kemudian, Derry dipanggil dan berkata beliau mempunyai masalah lagi kerana dia bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Kaiser yang kononnya rakan pemilik perusahaan itu yang menjadi marah apabila dapat tahu kurang daripada setengah kos pengangkutan itu dibayar oleh Derry. Kaiser kemudian mengambil pasport Derry di bawah alasan dia ingin membuat salinan, tetapi tidak kembali dengannya. Derry menelefon saya semula dan memberitahu saya dia kini telah dipaksa oleh Kaiser untuk membuat bayaran penuh RM36,000 atau pasport dia tidak akan dikembalikan, tetapi dia tidak mempunyai wang yang cukup. Beliau juga memberikan saya nombor Kaiser untuk cuba bercakap dengan dia, yang saya lakukan tetapi dia tidak ingin berunding. Derry pun berkata dia tidak sempat menaiki kapal terbang untuk pulang pada hari itu dan terdesak untuk menjual jam tangannya yang bernilai RM9000 untuk mendapat wang itu. Pada waktu itu, bunyi latar belakang seperti dia dalam truk untuk pulang ke bandar untuk menjual jam tangannya. Oleh kerana Derry seolah-olah dalam situasi begitu teruk, saya tertipu untuk memasukan beberapa ribu wang lagi dalam akaun Abdan bin Munir yang sama. 

Ceritanya bersambungan sampai hari seterusnya di mana Derry cuba minta wang lagi tetapi pada waktu itu, saya tidak mempercayainya lagi dan minta bukti apa yang dilakukannya. Ini menyebabkan dia menjadi marah dan cuba membuat saya merasa bersalah, tetapi saya tidak terpengaruh lagi. Dia mendakwa bahawa dia tidak ada pilihan lain dan akan cuba berlawan dengan Kaiser untuk dapat passport dia balik. Pada lebih kurang 7pm, saya meneleponnya dan di latar belakang, saya dengan bunyi dramatik seperti dia memang berlawan dengan orang. Selepas itu telefon terputus dan dia tidak dapat dihubungi lagi sejak hari itu. Nombor telefon Siti Aisyah dan Kaiser juga tidak dapat dihubungi lagi. Akan tetapi, profail Derry in laman web di mana saya jumpa dia masih aktif tetapi dia tidak menjawab mesej saya. Ini menunjukkan bahawa dia masih menggunakannya untuk menipu wanita lain. 

Pengesanan Abdan bin Munir melalui Facebook
Selepas membuat laporan polis, saya diberitahu penyiasatannya akan mengambil beberapa bulan. Ini memang terlalu lambat, dalam waktu itu tak tahulah beberapa banyak wanita lain dia akan berjaya menipu, dan dia pun ada banyak masa untuk keluar dari negara. Jadi saya membuat blog ini dan berusaha menyebarkan cerita saya dalam Facebook melalui akaun 'Scamvic KL'.

Selepas satu minggu pada 10 Mei 2015, saya dapat mesej pada seorang lelaki muda bernama Hanafiah Abdan yang merupakan anak kepada Abdan bin Munir. Dia minta saya untuk mengeluarkan info dan nama bapaknya dari blog saya kerana dia ingat infonya salah. Saya kata mungkin nama bapaknya sama dengan pemilik akaun itu, tetapi dia mengesahkan bahawa itu memang akaun Maybank bapaknya, tetapi bapaknya berumur 56 tahun dan tidak tahu tentang hal penipuan ini. 



Dia minta rekod penghantaran wang dari saya kepada akaun bapaknya, tetapi saya tak ingin beri sebab saya tahu kalau bapak dia memang pemilik akaun ini, dia boleh lihat sendiri dari penyata bank dia. Saya pula minta bukti bahawa akaun ini memang dipunyai oleh bapaknya, tetapi dia tidak memberi bukti ini. 



Pada malam yang sama dia memberitahu bahawa bapak dia baru dapat tahu kad ATMnya telah hilang dan dia akan buat laporan polis pada keesokan harinya (Isnin, 11 Mei). 



Pada masa ini, saya agak kecewa. Kalau memang benar bahawa kad ATM bank Abdan telah dicuri dan disalahgunakan oleh orang lain, maka ia akan menjadi sebelah mustahil untuk mencari siapa yang menggunakannya. Tetapi saya fikir, ia masih tidak cukup masuk akal. Pencuri yang mencuri kad akan terpaksa tahu nombor PIN kad itu untuk menggunakannya. Ini bermakna pencuri mungkin orang yang dikenal oleh Abdan dan pencuri ini mengetahui info yang cukup tentang Abdan untuk meneka nombor PIN kadnya dengan betul... atau Abdan memang membenarkan orang lain untuk menggunakan kad ATMnya. Jadi saya terus menyoal dan meminta lebih banyak bukti, terutamanya penyata banknya, ini pun tidak diberi.





Pada waktu ini, saya rasa ada kemungkinan ceritanya benar, tetapi saya perlu melihat buktinya untuk memastikannya. Selepas itu, dia minta nombor telefon saya supaya bapaknya, Abdan boleh menelepon dan menjelaskannya kepada saya. Jadi pada hari berikutnya, saya mendapat panggilan daripada nombor 017-9144083, yang saya tidak menjawab kerana saya bekerja. Nombor ini juga nombor yang sama dalam pengiklanan Abdan bin Munir untuk krim kesihatan perempuan. Jadi saya percaya bahawa ini adalah orang sebenar yang bernama Abdan bin Munir.



Saya pun panggil balik kepada nombor ini, dan Abdan yang memang bersuara seperti lelaki Melayu berumur lebih 50-an kemudian memberitahu saya bahawa dia memang telah kehilangan kad ATMnya, dan bahawa dia tidak menggunakan akaun bank dia untuk masa yang lama dan ada wang sedikit atau tidak ada di dalamnya. Saya bertanya bagaimana orang boleh mempunyai tahu nombor kad pin dan jika dia memberitahu sesiapa. Katanya, dia tidak tahu bagaimana. Dia memohon maaf dan berkata dia telah meminta bank untuk menyekat kad (tetapi tidak menutup akaun), tetapi saya benar-benar tidak puas hati. 

Saya bertanya kepada Abdan jika dia boleh e-mel saya satu salinan penyata bank dengan alamat dan beliau maklumat peribadi lain ditutup, supaya saya dapat mengesahkan apa yang dia memberitahu saya. Jika ia adalah benar akaun banknya kosong sebelum saya memasukkan wang saya, ia semua akan ditunjukkan dalam penyata bank itu. Abdan berkata dia akan berbincang dengan anaknya dan terus meletak telefon. Selepas itu, saya mesej Hanafiah di Facebook lagi, untuk meminta perkara yang sama dan menerangkan selanjutnya bahawa saya hanya perlu melihat bukti. Saya menerangkan bahawa selepas saya melihat ini dan berpuas hati bahawa cerita mereka benar, saya akan mengeluarkan nama Abdan bin Munir dari blog saya untuk mengelakkan malu lagi kepada Abdan dan keluarganya. Saya juga menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan duit daripada akaun itu terutamanya kalau memang benar akaun itu kosong. Namun, Hanafiah tidak menjawab saya lagi dalam Facebook sejak itu sampai hari ini. 

Saya juga cuba menelepon Abdan sekali lagi pada nomber 017-nya, tetapi tidak mendapat jawapan.

Perbualan aneh dengan 'Abdan bin Munir' melalui Whatsapp

Inilah kisah yang menyakinkan saya bahawa Abdan bin Munir memang bersalah dan terlibat dalam penipuan saya, kerana percubaannya untuk mendapat seorang rakan penipunya untuk cuba tipu saya lag melalui Whatsapp!

Pada hari Selasa Mei 12, 2015), saya mendapat mesej Whatsapp dari nombor berlainan yang menyatakan dia Abdan bin Munir. Dia guna menggunakan gambar Abdan yang kelihatan seperti beberapa gambarnya di Facebook (yang saya jumpa melalui profail FB Hanafiah). 



Saya SANGAT pasti bahawa nombor Whatsapp ini telah digunakan oleh orang lain yang berpura-pura sebagai Abdan, kerana nombor telefonnya 017-nya yang sebenar tidak muncul pada Whatsapp, tetapi nombor telefon 011 muncul pada Whatsapp. Jika Abdan memang memiliki kedua-dua nombor ini, adakah ia masuk akal bahawa nombor yang dia gunakan untuk perniagaan dia itu tidak digunakan untuk Whatsapp, tetapi nombor baru ini digunakan untuk Whatsapp?

Inilah screenshot perbualan ini yang lagi tidak masuk akal. Pada mulanya dia minta maaf tidak dapat menjawab panggilan saya sebelum itu kepada nombor 017-nya sebab dia dekat masjid. Ini juga membuktikan kepada saya bahawa Abdan yang sebenar tahu orang penipu ini yang menggunakan nombor 011 ini dan telah mintanya untuk Whatsapp saya dan cuba menyakinkan saya bahawa dia tidak bersalah. 




Ambil perhatian dalam gambar di atas, di mana dia ambil 8 minit untuk hantar gambar wanita itu. Kenapa lama sangat untuk cari satu gambar? Sebab ingin cari gambar satu orang yang sesuai dari laman web?









Saya memang mencari wanita ini melalui Facebook dan melihat bahawa dia seorang yang memang seluruh profailnya publik dan penuh dengan 'selfie'. Saya rasa si penipu dapat cari profail perempuan ini dan menggunakan satu gambarnya dan memberitahu saya dia wanita Jepun sebab wajahnya seperti orang Jepun. Tetapi selepas desakan dari saya, dia memberi namanya dan bertukar cerita bahawa wanita ini kacokan Jepon dan Filipina kerana namanya di Facebook adalah nama Filipina. Slip kurier itu juga mudah untuk ditulis dan tidak membuktikan bahawa memang ada benda yang dihantar kepada wanita ini, dan apa bendanya yang dihantar pun tidak jelas.

Jadi, saya minta bukti yang lain, iaitu screenshot perbualannya dengan wanita ini. Saya juga minta sekali lagi untuk penyata bank 2 bulan sama dengan laporan police yang sepatutnya dibuatnya pada hari Isnin, 11 May.




Dia kata 'ok' terhadap semua permintaan saya tetapi satu bukti pun tidak dihantar kepada saya. Selepas banyak kali bertanya tentang buktinya tapi semua tidak diberi, apa lagi yang boleh difikirkan selain bahawa ini menunjukkan bahawa ceritanya semua tidak benar?

Tambahan lagi, Abdan kata dia baru ke balai polis untuk membuat laporan polis pada hari itu, iaitu hari Rabu, 13 May. Kalau akaun Maybank dia memang disalahgunakan tanpa kebenaran dia, kenapa si Abdan ini hanya pergi buat laporan polis TIGA hari selepas dapat tahu info ini dari saya dan hanya selepas banyak soalan dari saya?? 

Saya tahu Abdan yang sebenar memang membuat laporan polis pada hari itu sebab selepas itu saya dapat panggilan daripada balai polis di Kuantan yang menerangkan bahawa so Abdan ini telah membuat laporan polis dan dia dapat lihat rekod laporan polis yang dibuat oleh saya. Yang paling melucukan hati saya adalah polis beritahu Abdan ini melaporkan bahawa kad ATMnya diberi kepada seorang wanita MELAYU dan akaun itu disalahkannya. Dia ingat ini dapat menyelamatkan dirinya, padahal, pemberian kad ATM untuk penggunaan orang lain itu juga salah di sisi undang-undang dan Abdan juga akan didakwa untuk ini. Hahaha, bagusnya!

Tetapi yang aneh lagi adalah bahawa Abdan melaporkan bahawa kad ATMnya diberi kepada wanita MELAYU. Walaupun pada awalnya dia beritahu saya bahawa wanita itu adalah wanita Jepun, selepas itu tukar menjadi wanita kacokan Jepun-Filipina. Sekarang dia jadi wanita Melayu. Adui, berapa kali ceritanya bertukar?

Atas sebab satu bukti pun tidak dapat diberi kepada saya dan ceritanya bertambah tidak masuk akal, saya memang pasti orang ini cuba tipu saya lagi, dan saya terus tidak bersabar lagi dan memberitahu dia untuk memulangkan semua duit saya yang dimasukkan dalam akaun dia atau saya akan membuat dia terkenal sebagai rakan sejenayah kepada penipu. 




Agak tidak menghairankan bahawa selepas mesej saya pada hari itu, si penipu yang menyamar sebagai Abdan di Whatsapp langsung tidak aktif lagi.... membuktikan bahawa itu nombor palsu dan bukan nombor sebenar yang digunakan oleh Abdan. 



Sejak hari itu, nombor sebenar Abdan iaitu 017-9144083 juga sering tutup dan tidak dapat dihubungi kecuali pada waktu tertentu. Saya telah menghantar beberapa sms yang tidak dibalas walaupun saya tahu sudah diterimanya (status penerimaannya tertera pada telefon saya) dan saya juga meneleponnya beberapa kali tetapi dia tidak menjawab lalu terus tutup telefonnya. 

Kalau Abdan bin Munir memang tidak bersalah, apa hal dia tidak menjawab saya atau memberi bukti yang diminta? Kenapa dia perlu minta orang lain untuk berpura-pura sebagainya untuk cuba tipu saya lagi?? 

Selama ini, saya juga rasa Hanifiah dan keluarga Abdan tidak tahu apa pun tentang penglibatan Abdan dalam penipuan ini. Kalau mereka tahu, tidak masuk akal bahawa dia akan mendedahkan semua info dalam profail Facebooknya kepada saya, dan saya juga tidak senang hati untuk mendedahkan nama Hanafiah atau keluarganya sebelum ini sebab rasa mereka tidak bersalah, seperti yang dilihat dalam post saya sebelum ini di mana saya tidak menunjukkan nama anaknya atau isterinya. 

Walau bagaimanapun, atas sebab saya telah memberi banyak masa dan peluang kepada mereka untuk menjelaskan hal sebenar dan sekarang Abdan dan anaknya semua tidak dapat dihubungi dan berkelakuan seperti orang bersalah, ini menunjukkan bahawa Abdan bin Munir ini memang bersalah dan terlibat dalam kes penipuan ini. 

Ini gambar Abdan sama keluarganya di Facebook, yang menyatakan mereka tinggal di Kuantan. 



Isterinya bernama Pn. Zanuriah Muhamad Sah. 



Ketiga-tiga anaknya bernama Hanafiah Abdan, Nurul Aien dan Aida Nuruliman. 



Biar ini menjadi pengajaran kepada orang lain supaya jangan tamak dan biarkan akaun kamu digunakan oleh penipu untuk dapat wang mudah! Seperti yang dijelaskan kepada saya oleh inspektor yang bertugas menyiasat kes saya, kebanyakan penipuan romantik yang berlaku melalui laman web adalah orang Afrika yang mempergunakan orang Malaysia untuk keuntungan mereka. Penipu ini dapat lari ke luar negara dengan mudah, dan orang tempatan yang menolong mereka yang dapat padahnya. Jangan berbuat bodoh seperti orang ini! 

Penipu seperti ini memang susah untuk ditangkap sebab penggunaan laman web memudahkan mereka menyembunyikan identiti mereka dan undang-undang mengelakkan bank dan perusahaan telco daripada mendedahkan maklumat peribadi pelanggan mereka kecuali atas permintaan polis yang akan mengambil waktu yang terlalu lama. Jadi saya juga melawan balik dengan menggunakan laman web dan berjaya mengesan pemilik akaun bank ini yang digunakan dalam kes penipuan saya. 

Tolong sebarkan dan cari Abdan bin Munir ini untuk mendesaknya memulangkan semua wang yang ditipu dari saya dan memberi semua info rakan penipunya kepada pihak polis! 

Terima kasih!

10 comments:

  1. Sorry for posting anonymously, but is there a way that it's actually the son and/or the whole siblings who did all this? Take a look again properly the typing style and 'derry' and 'abdan'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, Anonymous, it's unlikely because the son and his siblings were very open on their Facebook accounts on their personal, which is not typical of scammers.

      Delete
  2. Another. Sorry again to post anonymously. Please, please contact Datuk Michael Chong (http://www.mca.org.my/en/contact-us/mca-headquarters-contact/). Regardless of parties, he has been known to help people in various way and there is a possibility for him to help you out and put a media conference about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I won't ask for a politician's help because that would involve revealing myself, which I would rather not do and spare myself the embarassment of being known as a 'con victim'. Only way I'll reveal myself is if I successfully get these scammers nabbed!

      Delete
    2. Could this anymous is your scammer.

      Delete
  3. I think the father lease out the MBB account for the nigerians to operate.Quick Cash

    ReplyDelete
  4. Sy rasa macam sy kenal je lelaki ni.. huhu

    ReplyDelete
  5. Hello Miss scamvic Kl, I was also scammed by scam syndicate comprised 2 nigerians, 2 malay ladies and 2 indian malaysian ladies. Both police did not help me to recover my money since the report I made was against the malay lady by the name puspawati Binti Abdul Rahman. We can help each other to recover our money. Do you have facebook?

    ReplyDelete
  6. Scam victim kl..kes dah pegi mahkamah civil..dan dia dihukum kew??dapat balik x pulangan semua balik.mohon dijelaskan nak tahu.

    ReplyDelete
  7. Hi Scamvic KL, I almost got scammed by a woman named Amanda Smith and a courier company called Jet Global Logistics in a romance scam linked to a courier scam. Was wondering if we can help recover my address, and phone number. Worried that she will harass me.

    Btw, let's keep in touch too. You don't mind talking on Facebook?

    ReplyDelete